Jun 17, 2012

rindu

kau masih ku punya tapi tidak ku miliki
kau masih ku ingati, tapi kau tiada disisi
kau masih ku rindu, tapi ku dibiar termangu-mangu


selamat hari ayah.

Jun 12, 2012

perginya seseorang....

kurang dari 6 jam, exam last semester akan bermula
macam biasa, dia cuma bertenang walaupun ilmu tidak memenuhi segenap dada
tanpa disangka, dia mendapat berita tentang perginya seorang atok yang masih dia punya.

sayu. jiwa merintih ingin pulang, tapi ada exam petang.

dihitung hampir 4 tahun kiranya tidak bertemu dengan atok.
atok yang membimbing disaat kasih sayang ayah & ibu berantakan
atok yang menenangkan disaat kesepian & kehausan perhatian
terlalu lama rupanya atok kubiarkan....

sejak seketika ini, seperti dibawa perasaan rindu untuk melawat atok
terdetik kiranya mungkin sudah tidak lama untu masanya tiba,
rupanya Dia terlebih dulu menjemput pulangnya
atok ke atas sana.

betapa teringin rasa nak jumpa atok selepas habis belajar
kabarkan berita dan segulung ijazah...
sayangnya.....takdir telah memisahkan kita.

Selamat bersemadi dengan tenang, atok.
tiba masanya kami melepaskan ke rahmatullah.....
Al- Fatihah


p/s : saya tak jumpa atok 4 tahun. tapi atok tinggalkan saya selama-lamaya )' =


Jun 9, 2012

kisah masa

hari itu penentu segalanya, penyeksaan bergelar senior teragung
setahun berhempas pulas mengadap projek sarjana muda
kini tiba masanya, cuma untuk beberapa minit akan dinilai
Presentation Final Year Project.
syukur, tiada aksi sinetron yang meibatkan air mata mahupun
hasad dengki caci maki.

inilah masanyaaa merasakan kebebasan !
*tetiba*

setan ! minggu depan final exam -___-"

p/s : peduli apa. baru balik tengok MIB3 & makan ikan bakar =D

Jun 3, 2012

Identiti yang hilang

Gadis itu teresak ditikar sejadah, meluahkan rasa terpendam pada Penciptanya.
Dia tenang begitu. Apalah kiranya mengadu pada manusia jika hanya Dia yang Maha Mengetahui semua.

Dia tidak sekuat mana, cuma tidak mahu tampak lemah.
Dia tidak tahu puncanya, dan hanya mampu nerdoa.
Dia tidak menghiraukan segalanya, sayangnya cuma berpura- pura.

Kemana hilangnya gadis yang dulunya ceria
kemana lunturnya persahabatan indah dijaga bersama
kemana perginya kawan yang setia suka & duka
dimana datangnya hubungan yang tercalar
dimana pengakhiran sebuah sketsa permainan manusia.

Dia redha.

p/s: A kwn baik B. C benci A. C rapat dgn A. B, D, E, F, G turut benci A.