Mar 17, 2014

Harapan terakhir kali.


Aku ada harapan.
Dan mungkin dikira harapan terakhir.

Kalau aku dikurnia utk mati di tangan penyakit,
aku redha.

Cuma aku tak membayangkan.

Saat akhir aku terlantar hadap ke syiling cuma,

Saat aku bertarung nyawa mengadap Pencipta,

Aku akan ditemani orang- orang yg aku sayang
di penjuru katil.

Insan yg harapnya setia memberi harapan
walhal aku sedar ajal sudah mahu menjemput,

Insan yg terlena di sisi
saat siang atau malam sudah tiada makna bagi aku,

Dan juga insan yg sama menemankan tidurku
dengan bacaan surahnya.


Hingga hujung nyawa.

Cukup.
Aku tak mintak lebih.


Feb 19, 2014

Cukup.

Bukan kaya yg aku minta
Bukan rumah banglo yg aku rayu
Bukan kereta mewah yg aku gila.

Tapi cukuplah sekadar makan kenyang,
Tido lena.
Tempat berteduh yg selamat.
Kenderaan yg mampu aku tunggang.

Jauhkanlah aku dari sifat riak.
Apatah lagi kufur nikmat.

Kayakan aku dengan sigat cukup.
Cukup.
Cukup.


P/s: Wahai hati, jangan terlampau tergoda.

Dec 28, 2013

Rezeki

Rezeki
Sedikit atau banyak
Mudah atau sukar
Jauh atau dekat
Tiada yg boleh jangka
Sebab cuma Dia yg tahu
Dia beri pada yg memerlukan
Pada kuantiti yg mencukupi
Tidak lebih atau kurang
Saat manusia benar- benar butuhkannya

Zuriat
Yang datangnya secara halal atas dasar cinta
Hasil perkahwinan dijalan Allah,
Siapa yg cuba menidakkan rezeki yg satu ini.
Saban hari menanti
Berbulan malah bertahun.
Bersabar dan terus bersabar.
Dia ingin menguji.
Atau kau manusia terpilih
Mencurah kasih dan sayang utk anak yg bukan dari rahim sendiri
Sudah tersurat kau membela mereka yg dahagakan perhatian
Mungkin juga mereka yg terbuang kesepian.

Namun yg datang atas dasar nafsu
Sering saja dibuang merata
Oh manusia.

Redha.



P/s : Tuhan, jangan kau biar kami sendirian tanpa keturunan.