Mar 17, 2014

Harapan terakhir kali.


Aku ada harapan.
Dan mungkin dikira harapan terakhir.

Kalau aku dikurnia utk mati di tangan penyakit,
aku redha.

Cuma aku tak membayangkan.

Saat akhir aku terlantar hadap ke syiling cuma,

Saat aku bertarung nyawa mengadap Pencipta,

Aku akan ditemani orang- orang yg aku sayang
di penjuru katil.

Insan yg harapnya setia memberi harapan
walhal aku sedar ajal sudah mahu menjemput,

Insan yg terlena di sisi
saat siang atau malam sudah tiada makna bagi aku,

Dan juga insan yg sama menemankan tidurku
dengan bacaan surahnya.


Hingga hujung nyawa.

Cukup.
Aku tak mintak lebih.


No comments:

Post a Comment